Perkhidmatan awal kanak-kanak, sama ada kanak-kanak arus perdana atau kanak-kanak berkeperluan khas, bukan sekadar tentang pembelajaran di dalam kelas ia adalah tentang memberi harapan, peluang dan masa depan yang lebih cerah kepada setiap anak yang memerlukan perhatian yang berbeza. Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi tersendiri dan dengan sokongan, kasih sayang serta intervensi awal yang tepat mereka mampu berkembang mengikut kemampuan mereka.
Melalui pendekatan yang sabar, persekitaran yang selamat dan bimbingan profesional, pendekatan awal ini membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta asas pembelajaran yang penting untuk kehidupan mereka. Kerana bagi setiap kanak-kanak, tidak kira cabaran yang dihadapi, mereka berhak diberi peluang untuk belajar, berkembang dan bersinar dengan cara mereka sendiri.
Konsultasi SekarangPendekatan Holistic dan Berkualiti
Pendidik dan Ahli Terapi yang professional bekerjasama dalam mengintegrasikan Pendidikan yang bersesuaian dengan potensi kanak-kanak serta seimbang dari segi pencapaian academik dan Pembangunan teraputik kanak-kanak. Sentiasa memberikan pendidikan dengan penuh dedikasi dan kasih sayang kepada kanak-kanak serta bimbingan berterusan kepada ibubapa sebagai kesinambungan Pendidikan.
Persekitaran yang Selamat
Kami menyediakan persekitaran yang selamat dengan pantauan CCTV 24 jam dalam suasana yang seronok bersesuaian dengan keperluan perkembangan kanak-kanak.
Ahli Terapi dan Guru yang Terlatih, Berkemahiran Serta Berpengalaman
Semua warga pendidik adalah berkelayakan, dedikasi, penyayang, sabar, terlatih dan berpengalaman luas dalam menguruskan kanak-kanak.
Kemudahan yang Lengkap dan Kondusif
Mempunyai ruang kelas dan bilik terapi berhawa dingin, Bilik Gym, Sensory Room, Peralatan BBM serta Ruang aktiviti berkumpulan yang luas dan mesra kanak-kanak.
Ratio yang Rendah
Jumlah ratio guru dengan kanak-kanak yang rendah bergantung kepada tahap pencapaian, perkembangan serta penguasaan kanak-kanak.
BB terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur telah beroperasi semenjak tahun 2024 dan sangat berpengalaman dalam menguruskan operasi Pendidikan Awal kanak-kanak dan Pendidikan Khas. Lokasinya yang strategik dengan Kawasan perumahan dan sekolah menjadikan BB sebagai sebuah Pusat Pilihan Utama untuk ibubapa dan Masyarakat. BB memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan holistik kanak-kanak serta membantu memenuhi keperluan masyarakat masa kini.
Perkhidmatan ini bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan kebajikan, malah turut menitikberatkan pembangunan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak mengikut tahap keupayaan masing-masing. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendekatan yang lebih tersusun, terancang dan bersifat individu, manakala pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika pula menjadi asas kepada pembentukan sahsiah, kemahiran berfikir dan kesediaan memasuki alam persekolahan formal.
BB berusaha untuk memberikan peluang pendidikan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang memerlukan di luar sana. BB memahami pentingnya peranan pendidikan dalam membentuk masa depan individu. Oleh itu, BB menyediakan program yang merangkumi pelbagai aspek pembelajaran, dari akademik hingga kemahiran sosial. Melalui pendekatan yang penuh perhatian dan sumber yang disediakan, BB berazam untuk memberikan pendidikan yang relevan dan membangunkan potensi setiap kanak-kanak.
Seiring dengan peningkatan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan intervensi awal dan pendidikan berkualiti, BB yang menggabungkan kedua-dua perkhidmatan ini berfungsi sebagai platform yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan inklusif di mana setiap kanak-kanak dapat berkembang dengan penuh keyakinan. Dengan tenaga pengasuh, pendidik dan ahli terapi yang terlatih serta penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai, setiap kanak-kanak diberi peluang untuk berkembang mengikut potensi diri secara optimum. Di samping itu, perkhidmatan ini juga membantu meringankan beban ibu bapa yang bekerja dengan menyediakan penjagaan yang sistematik, berstruktur dan dipercayai.
BB diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan sejak peringkat awal usia, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui pendekatan yang inklusif dan mesra kanak-kanak, BB beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan memenuhi keperluan perkembangan setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang dan keupayaan.
BB adalah merupakan pusat perkembangan & terapi anak-anak yang menawarkan program Pendidikan Berkeperluan Khas yang Holistik tidak terhad kepada akademik sahaja tetapi menyeluruh dan mengikut tahap perkembangan individu anak-anak. Menyedari tentang keperluan untuk membantu anak-anak, kami menyediakan perkhidmatan:
Menjadi peneraju pendidikan awal kanak-kanak dan berkeperluan khas yang memanfaatkan inovasi dan pendekatan holistik dalam mendidik, menginspirasikan, dan memperkasakan individu dengan keperluan khas untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.
Kami merealisasikan perasaan ingin tahu, harapan dan potensi setiap kanak-kanak. Kami berusaha memupuk minda yang positif dan menggalakkan penerokaan, membantu kanak-kanak melihat dunia dari sudut yang meluas dan tidak terbatas.
Kami mewujudkan tempat perlindungan kepada setiap kanak-kanak agar mereka berasa dihargai dan diberi sokongan dari orang sekeliling. Kami juga menekankan kesejahteraan emosi dan sosial setiap anak-anak supaya mereka juga dapat mengendalikan emosi mereka dengan baik. Kami juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memupuk keyakinan diri dengan kepelbagaian aktiviti dan program yang bersesuaian mengikut perkembangan mereka.
Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang tersendiri. Kami berkomited untuk membantu kanak-kanak memupuk kekuatan dan bakat yang ada dalam diri mereka. Kami menyediakan program yang menarik bersesuaian dengan kemampuan diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diraikan keistimewaan mereka supaya mereka percaya dalam diri atas kebolehan mereka tersendiri.
OUR SERVICES
Early Intervention Program (EIP)
Program intervensi awal merujuk kepada langkah-langkah pendidikan dan sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas atau risiko perkembangan yang terlambat, yang dilaksanakan pada usia muda (biasanya sebelum usia 6 tahun).
Individual Educational Program (IEP)
Program intervensi individu adalah merujuk kepada penyediaan pelan sokongan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik setiap anak-anak. Program ini lebih tertumpu kepada anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran.
Occupational Therapy
Terapi tatacara kerja adalah terapi yang bertujuan untuk membantu individu mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih berkesan. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, terapi ini membantu meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus, pengurusan diri, dan penyelesaian masalah.
Speech terapy
Terapi percakapan adalah terapi yang membantu individu mengatasi masalah berkaitan dengan komunikasi dan pertuturan. Ini termasuk kesukaran dalam memahami bahasa, bercakap, membaca, dan menulis.
Physical Therapy
Terapi fizikal adalah terapi yang fokus kepada pemulihan pergerakan dan peningkatan fungsi fizikal individu. Ia digunakan untuk merawat masalah motorik kasar, kelemahan fizikal, atau kecederaan yang mempengaruhi kemampuan pergerakan.
Behavior Therapy
Terapi perilaku merujuk kepada intervensi yang menggabungkan pendekatan tingkah laku dengan terapi fizikal untuk membantu individu dengan keperluan khas mengatasi tingkah laku yang tidak diingini sambil meningkatkan kemampuan fizikal mereka
After School Care Program
Program selepas sekolah merujuk kepada aktiviti atau sokongan yang diberikan selepas waktu sekolah untuk membantu kanak-kanak dengan keperluan khas terus berkembang dan belajar dalam persekitaran yang menyokong.
Preschool Montessori
Preschool Montessori ialah pendekatan pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pembelajaran melalui penerokaan kendiri, pengalaman praktikal dan kebebasan yang terarah.
Tentang Kami
1-2 Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,, 53100 Taman Melati, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia